Sunday, October 11, 2009

Pengukuhan Ekonomi Rakyat



Program Pertanian Mini - Tanaman Cili Padi Johor

Semua orang apabila memperkatakan mengenai projek pertanian akan menggambarkan tanah ladang yang luas, mesin-mesin hebat merata tanah dan juga hasilnya yang berpotensi untuk pasaran eksport.

Maka istilah-istilah gah dan besar digunakan untuk menggambarkan kehebatan projek-projek pertanian seperti membawa pertanian tempatan ke persada dunia, pertanian sehebat sektor konglomerat dan sebagainya.

Usaha mengkomersialkan pertanian itu memang baik tetapi tentu sukar bagi mereka yang mempunyai tanah sekangkang kera dan sumber kewangan terhad untuk menjadi 'gergasi pertanian' seperti dikehendaki kerajaan.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan golongan ini terpinggir, kami
MERCU AGRO TANI JOHOR SDN BHD mengambil inisiatif memperkenalkan "Program Tanaman Cili Padi Johor'" bagi membolehkan pengusaha program pertanian mini juga boleh meningkatkan pengeluaran mereka dan seterusnya di pasarkan produk mereka dengan lebih cekap.

Konsep program kami berteraskan 3B iaitu "Bertani , Berniaga dan Beramal" di mana ia melibatkan individu - komuniti. Program ini menekan beberapa aspek utama iaitu pertama, projek yang mampu berdaya saing. Kedua, projek yang berskala mini tanpa memerlukan modal yang besar, ketiga, projek yang mempunyai pasaran dan permintaan tinggi dan terakhir, projek yang dapat memberi pulangan yang memberangsangkan.

Objektif program ini adalah bertujuan meningkatkan lagi pendapatan/dana sedia ada, mewujudkan semangat kerjasama dan gotong royong masyarakat setempat, meningkatkan lagi kepenggunaaan tanah yang lebih efisen serta menarik minat belia/beliawanis akan bidang pertanian khususnya bagi tanaman Cili Padi Johor.

Kelebihan utama bagi mereka yang menyertai program ini adalah berpeluang mempelajari teknik penanaman Cili Padi Johor, di bekalkan anak pokok yang berusia 2 bulan, jadual pembajaan dan meracun mudah di ikuti dan di laksanakan, pekembangan tanaman mereka akan di pantau, semua ini adalah PERCUMA, selain itu pihak kami juga akan memasarkan hasil pertanian peserta program

Di bawah rancangan Program Tanaman Cili Padi Johor ini, MERCU AGRO TANI JOHOR SDN BHD berhasrat memperluaskan agenda pengukuhan ekonomi rakyat ke tanah rancangan FELDA, penduduk & belia kampung setempat, penduduk miskin tegar, ibu tunggal, sekolah, surau, masjid, pusat pemulihan, rumah kebajikan masyarakat dan orang asli Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pengurus Besar kami En Roslan Hamdan 013-2121210 atau Pengurus Pembangunan Program En Rozihan Hamdan 019-7535555


No comments:

Post a Comment